Saban hari wanita dianggap tiada fungsi dalam meningkatkan sesuatu pembangunan di negara malah kedudukannya juga seringkali dipersoalkan walaupun kaum inilah yang memberi pendapatan dan sumbangan utama kepada masyarakat mahupun negara. Soal pengelolaaan alam sekitar juga tidak diberi hak kepada wanita malah menafikannya dan menganggap isu yang remeh. Mengapa?
Secara tidak langsung, kaum wanita sangat berpengaruh dalam menjaga hak sumber alam semulajadi sedangkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab memusnahkannya secara sewenang-wenangnya. Maka lahirlah gerakan ekofeminisme yang menjaga dan sentiasa bersuara tentang alam sekitar. Sherry B. Otner juga menyatakan bahawa wanita lebih dekat dengan alam kerana hubungan langsung wanita dengan alam yang sedia ada dalam diri wanita. Tidak mudah bagi wanita untuk memtuskan hubungan kedekatannya dengan alam.
Menurut Sherry juga, ada tiga mengapa wanita dekat dengan alam adalah kerana fisiologi wanita, tempat wanita lebih domestic dan psikologi wanita yang dibentuk sesuai dengan fungsi ibu melalui sosialisasinya yang rasional dan lebih teliti berbanding lelaki.
Tambahan pula, pejuang-pejuang wanita alam sekitar yang membuka mata masyarakat ketika dahulu hingga sekarang contohnya Wangari Mathaai dari Kenya yang melancarkan kempennya “The Green Belt Movement”. Pertubuhan tersebut merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang memfokuskan pada penanaman pokok, pemuliharaan alam sekitar dan hak wanita. Beliau sangat menitikberatkan peranan wanita dalam menjaga alam sekitar dan sehingga beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli ketika di bawah kerajaan Presiden Mwai Kibaki.
Selain itu di Indonesia juga berlaku pergerakan ecofeminism di mana semua wanita tidak kira usia bersolidariti di Kalimantan Barat. Dengan empat persoalan utama yang dibangkitkan dalam solidarity tersebut perempuan dan konflik sumber daya Alam (termasuk perubahan iklim), perempuan dan kedaulatan pengan, perempuan migrasi dan trafficking dan perempuan politisasi agama.
Pergerakan ini berlaku kerana wanita kehilangan akses dan control atas sumber daya alam terutama dalam proses membuat keputusan. Selain itu, eksploitasi dan industialisasi sumber daya alam komersial skla besar telah menambahkan kemiskinan terutama bagi kaum wanita yang hilang punca rezeki.
Pelbagai kempen-kempen yang memberika kesedaran kepada masyarakat mahupun pemerintah. Maka kaum wanita sangat penting dalam menghargai alam sekitar tetapi jangan kebergantungan itu kepada wanita sahaja malah perkara ini perlu bersama-sama menjaganya.
Kita masih kurang aktivis wanita dalam memperjuangkan Alam sekitar . Percaya atau tidak? urmmmm

No comments:
Post a Comment