Apabiila mendengar perkataan Transgender sahaja, pelbagai persepsi yang akan kita dengar daripada pelbagai lapisan masyarakat dan sebagainya. Transgender ialah istilah yang digunakan orang untuk menilai seseorang itu dengan cara kelakuaannya atau penampilan yang berbeza dari alat kelamin mereka. Kebanyakkan mereka mempunyai berasa tidak yakin dengan diri sendiri dan sukar untuk mereka mempresentasikan diri mereka kepada khalayak.
Di Malaysia ianya merupakan satu cabaran jati diri, kecelaruan lelaki yang ingin berpenampilan seperti wanita kerap diperkatakan, dan fenomena ini seperti mendapatsambutan dalam kalangan lelaki di Malaysia. Bagi wanita yang mempunyai hasrat untuk menjadi lelaki kurang kita dengar di Malaysia, mungkin golongan ini ada tetapi tidak diketengahkan atau disensasikan seperti lelaki yang ingin menjadi wanita.
mereka sering dikaitkan dengan jenayah sosial seperti pelacuran dan sebagainya. Kumpulan minoriti ini juga mendapat tentangan hebat daripada masyarakat dan sering didiskriminasikan sehingga untuk mencari rezeki juga mendapat tentangan.
Walaubagaimanapun keadaan mereka,, kita sebagai masyarakat perlulah memberi sokongan moral kepada mereka dan jangan disisihkan begitu sahaja. Mereka tetap manusia yang mempunyai keistimewaan itu sendiri.
What do you think about that?? Urmmm.
Kongsikan jom pengalaman anda semua tentang isu ini,
satu video yang i nak kongsi untuk semua ><
No comments:
Post a Comment