Monday, 18 December 2017

Kahwin bawah umur? Relevan atau tidak ? Yes to Child Marriage?

Child Mariage atau perkahwinan bawah umur merupakan isu yang hangat diperkatakan di seluruh dunia. Isu ini bukan isu yang asing bagi seluruh masyarakat dunia tetapi tidak dihiraukan dan menganggap ia sebagai suatu isu sampingan. Tetapi kini, beberapa pihak organisasi yang memandang tinggi tentang kewujudan isu ini.
Banyak negara yang mengamalkan konsep child mariage. Tahukah anda bahawa perkara ini merupakan perkara yang cuba menjahanamkan atau mengekploitasi kehidupan kanak-kanak yang sedang meningkat naik? Umur lingkungan 9 hingga 14 tahun bukanlah umur yang sesuai untuk mereka menerima bebanan sebagai status Isteri. Umur ketika itu , banyak perkara yang mereka perlu belajar tentang kehidupan. Antara yang perlu diutamakan dalam kehidupan mereka adalah pendidikan . Pendidikan ibarat nyawa bagi  mereka untuk menetukan masa depan mereka sebagai manusia di muka bumi ini.
Enakmen Majlis Agama Islam di Malaysia jelas menunjukkan lelaki boleh berkahwin apabila berumur 18 tahun ke atas manakala perempuan pula berusia 16 tahun ke atas. Mengambil kes di Malaysia, iaitu di negeri Kelantan apabila seorang bapa meminta anak peremmpuanya yang berusia 11 tahun  berkahwin dengan lelaki yang berusia 41 tahun. Tak logik bukan? Alasan agama sering digunakan iaitu Nabi Muhamad SAW telah berkahwin dengan Siti Aisyah yang berusia 12 tahun. Kebanyakan manusia enagatkan ingin mengikut sunnah Nabi, tetapi adakah mereka berfikir bahawa banyak lagi Sunnah Nabi yang boleh kita ikut dan laksanakan. Akibat perkahwinan tanpa rela, kanak-kanak pintar darjah lima itu mengalami tekanan perasaan yang hebat.
Sehingga kini, kadar peratusan pernikahan di bawah umur di Malaysia masih kecil iaitu 0.725 peratus, tetapi angka ini tidak boleh dipandang enteng kerana pernikahan itu boleh memberikan kesan positif iaitu kebahagiaan ataupun negatifnya, perceraian terhadap kanak-kanak itu.  Selain itu, pernikahan bawah umur juga didapati mempunyai implikasi terhadap kesihatan remaja khususnya yang berkaitan dengan aspek reproduktif dan seksual, selain emosi serta mental mereka.
Remaja yang bernikah di usia muda terpaksa berhadapan dengan realiti hidup berkeluarga yang memerlukan kemahiran pembuatan keputusan dan penyelesaian masalah yang berkesan, pengurusan kewangan dan emosi, kematangan dan keupayaan berkomunikasi yang baik.
Maka , saya berpendapat bahawa , kita perlu bersatu untuk bersama-sama mengelakkan perkara ini terus berlaku. Kasihan pada mereka terpaksa menanggung bebanan yang sepatutnya bukan tanggungjawab mereka dengan umur yang sebegitu.
saya tak kata perkahwinan ini tak baik,, tapi cuba kita fikir sejenak apa perasaan kanak-kanak yang masih memerlukan kebebasan seperti mendapat pendidikan yang baik, bermain-main dengan umur sebaya mereka dan banyak lagi kita kena fikir untuk mereka. 
saya nak kongsikan satu video ekspiremen yang dibuat oleh coby persin ! saya memang peminat tegar social expirement beliau >< !superb ;) 

No comments:

Post a Comment