
Pendidikan merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus, dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam pemberian pengetahuan , pertimbangan dan kebijaksanaan. Salah satu asas matlamat pendidikan adalah untuk mengajar kebudayaan melangkaui generasi.
Terutama lagi pendidikan kepada wanita. Wanita mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan yang secukupnya kerana secara tidak langsung mereka akan membantu pembangunan dari segala aspek tidak kira ekonomi, sosial malah politik sekalipon. Perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi yang sangat pesat tidak dinafikan terdapat juga campur tangan wanita di dalamnya. Kini tanggunjawabi wanita sudah disuarakan dimana-mana, sehingga makin ramai kemunculan wanita yang berkarier di bidang yang sama dengan kaum lelaki. Namun, pada zaman dahulu, para wanita hanya dianggap sebagai pengurus anak dan rumah tangga. Wanita juga banyak mengalami diskriminasi dalam hal pendidikan, alam pekerjaan, dan hal lainnya. Meskipun , tidak sedikit pula wanita yang melawan arus dan mengerjakan pekerjaan yang biasa dikerjakan oleh lelaki. Contohnya ialah wanita-wanita berikut ini. Mereka adalah para ilmuwan wanita yang telah berjasa meskipun hidup sebelum era emansipasi wanita.
Sebagai contoh Rosalind Frakcline. Nama Rosalind Franklin seakan sudah tenggelam dalam dunia penemuan DNA. Seperti yang kita tahu, Watson dan Crick adalah penemu yang mendiskusikan dan meneliti penguraian helix DNA. Tetapi sebenarnya Rosalind adalah yang insan pertama kali menggambarkan penguraian ini untuk kemudian didiskusikan oleh kedua lelaki tersebut. Tanpa penemuannya yang detail dan perhatiannya, kita tidak boleh mengambil manfaat dari pengetahuan DNA. Jadi di mana hak wanita ??? kenapa kaum lelaki sering merendahkan wanita sedangkan kebanyakan usaha mereka itu adalah hasil daripada golongan cendikiawan WANITA??
Satu lagi diskriminasi yang perlu dielak dalam pendidikan iaitu warna kulit, taraf kehidupan dan sebagainya. Shirley Ann Jackson juga menghadapi diskriminasi. Tetapi berbeza dengan Hypatia, Shirley tidak hanya menerima diskriminasi karena dirinya wanita, tetapi juga disebabkan oleh warna kulitnya. Ketika dia masuk MIT pada tahun 1964, hanya terdapat kurang dari 20 wanita keturunan Afrika-Amerika yang belajar di sana. Dia kemudian menjadi wanita pertama berkulit hitam yang mendapatkan gelaran doktor dan sarjana di institusi tersebut.
Pada tahun 1995, Shirley menjadi wanita pertama yang ditunjuk oleh Presiden Clinton menjadi anggota Komisi Regulasi Nuklearr.
Pada tahun 1995, Shirley menjadi wanita pertama yang ditunjuk oleh Presiden Clinton menjadi anggota Komisi Regulasi Nuklearr.
Pendidikan itu sangat penting dalam menetukan masa depan diri sendiri, mahupun negara! Tiada pendidikan hancur negara itu, musnah diri sendiri.
“BE A GIRL WITH A MIND, A WOMAN WITH ATTITUDE, AND A LADY WITH CLASS”